Sunday 12 June 2011

BELIA DAN SUKAN DUNGUN

 BELIA DAN SUKAN DUNGUN


    

SEJARAH
Sejarah penubuhan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bermula pada tahun 1953 dengan tertubuhnya Bahagian Kebudayaan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat yang telah diberi tanggungjawab mengenai belia. Seterusnya pada tahu 1964 Bahagian Kebudayaan ini telah dipindahkan di bawah Kementerian Penerangan. Dalam masa yang sama berikutan kegiatan belia secara berpesatuan yang semakin berkembang, maka bagi tujuan memupuk serta memenatu perkembangan tersebut, Bahagian Belia telah ditubuhkan di bawah kementerian berkenaan. selain itu di bawah kementerian Penerangan ini juga telah ditubuhkan Bahagian Sukan.
Kementerian Belia dan Sukan hanya diwujudkan pada 15 Mei 1964 iaitu bersempena Hari Belia Negara pada tahun tersebut. Pada tahun 1972, Bahagian Kebudayaan telah diwujudkan dan dengan itu nama Kementerian Belia dan Sukan ini telah diubah kepada Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan sehingga tahun 1987 apabila Bahagian Kebudayaan telah dipindahkan dibawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan. Dengan perpindahan Bahagian Kebudayaan tersebut, nama Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan telah kembali kepada nama asalnya iaitu Kementerian Belia dan Sukan, sehingga sekarang.
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah diamanatkan untuk melaksanakan dasar-dasar Kerajaan Malaysia khususnya dalam pembangunan Belia dan Sukan.
                               
VISI KBS
  • Ke arah mewujudkan masyarakat belia yang memiliki keperibadian yang bersepadu dari segi rohani, akliah dan jasmaniah, bertanggungjawab,bersemangat sukarela dan patriotik untuk menjadi penggerak kepada kemajuan dan kemakmuran negara,
  • Melahirkan masyarakat yang aktif, sihat dan cergas serta membangunkan atlet sukan berprestasi tinggi hingga ke taraf antarabangsa.

[sunting]
MISI KBS

-Membina belia yang berketerampilan dalam bidang kepimpinan, kemahiran, keusahawanan dan kesukarelaan.
-Memupuk semangat patrotisme, perpaduan dan nilai-nilai murni melalui gaya hidup berkualiti
-Membentuk generasi muda berwawasan
-Menjana budaya sukan melalui penyertaan ramai ke arah masyarat aktif, cergas dan bersatu.

OBJEKTIF

-Melahirkan Belia Yang Mempunyai Ciri-Ciri Kepimpinan, Kemahiran, Keusahawanan Dan    --Kesukarelaan
-Memperkasa organisasi belia dan sukan
-Mempertingkatkan kesedaran & penyertaan dalam sukan massa
-Melahirkan belia remaja yang kreatif, prihatin, mahir dan dinamik.
-Meningkatkan golongan belia yang bersepadu, berwawasan, bertanggungjawab dan mempunyai nilai-nilai murni.
          

                       



Strategi
Strategi JBSN bagi mencapai objektif tersebut adalah seperti berikut iaitu;
             
-Mengukuhkan program-program pembangunan kepimpinan, keusahawanan, kemahiran, kesukarelaan dan pengurusan kepada kumpulan sasar.
-Menyediakan kemudahan dan sokongan kepada pertubauhan belia dan sukan
-Mengukuhkan program-program kesukarelaan dan patrotisme di kalangan kumpulan sasar
-Memaksumumkan program-program kesukarelaan dan patritisme di kalangan kumpulan sasar.
-Memaklsimumkan penggunaan infrastruktur dan kemudahan sukan
-Menyediakan promosi dan pemasaran yang berkesan untuk menarik minat kumpulan sasar
-Memantau dan menilai keberkesanan program
                        
                                  


TIMBALAN MENTERI DAN KETUA BAHAGIAN KEMAHIRAN KEMENTERIAN BELIA





                                                                
            



                     

Piagam Pelanggan
-Melengkapkan belia-belia dengan pelbagai latihan dan kemahiran vokasional serta sifat-sifat keusahawanan supaya mereka berdikari melalui kursus-kursus formal;
-Memberi penekanan kepada perubahan sikap bagi membentuk belia yang bertanggungjawab, dinamik , berdaya maju dan mempunyai daya kepimpinan yang baik melalui berbagai program yang diadakan di peringkat daerah, negeri, kebangsaaan dan antarabangsa;
-Meramaikan bilangan rakyat ke arah peningkatan kualiti hidup melalui strategi “Sukan Untuk Semua ” dan pengenalan kepada konsep “Malaysia Cergas ”; dan
-Meningkatkan pencapaian sukan ke arah kecemerlangan di peringkat kebangsaan dan  antarabangsa
            
                 

             
                       Lebih 300 Belia daripada persatuan kelab-kelab Belia Malaysia


                   


     SEKIAN TERIMA KASIH...!!!!